Saturday, August 7, 2010

Kelas Pelaburan Saham BSKL

Salam sejahtera kepada para pembaca blog ini.

Disini disertakan beberapa tips bagi para pembaca / pelabur yang mahu berkecimpung untuk melabur di Bursa Saham Kuala Lumpur..

Tips - tips pelaburan:-

a) Beli saham harganya diantara RM1 - RM2. Ini kerana turun naik harga segala saham adalah di dalam lingkungan RM0.01 - RM0.30 sehari sepanjang pemerhatian saya untuk pasaran BSKL. Kesimpulannya, jika anda membuat perbandingan untung :
i- Saham RM1 - harga saham naik RM0.10, anda sudah mendapat keuntungan 10% .
ii- Saham RM2 - harga saham naik RM0.10, anda sudah mendapat keuntungan 5% .
iii- Saham RM5 - harga saham naik RM0.10, anda sudah mendapat keuntungan 2% .
iv- Saham RM10- harga saham naik RM0.10, anda sudah mendapat keuntungan 1% .

b) Rujuk kepada "Top Gainers" sebelum pembelian saham. Ini kerana anda akan turut serta melabur mengikut sentimen para pelabur yang lain bagi menjana untung dalam masa yang singkat . Disamping itu, anda boleh merujuk kepada graf pasaran saham anda di "www.yahoofinance.com" untuk menganalisis trend terkini samaada graf pasaran itu sedang menaik / menurun.

c) Jangan beli saham yang POPULAR - Ini kerana saham - saham tersebut kebiasaannya mahal manakala kenaikan harga saham itu pula rendah. Tetapi, saham yang popular agak bagus bagi para pelabur yang inginkan kestabilan dan mengaut keuntungan daripada dividen.

d) Pastikan keuntungan anda melebihi pembayaran komisyen kepada remiser anda - Ini kerana sesetengah pihak remiser cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan mengenakan kos komisyen transaksi saham yang tinggi hasil daripada keuntungan pelaburan saham anda.

Diharap tips - tips yang diberikan dapat mengasah kemahiran anda dalam melabur di BSKL. Saya akan update transaksi pelaburan harian dari pelajar - pelajar saya untuk rujukan anda semua.

Selamat maju jaya!!

No comments:

Post a Comment