Thursday, August 26, 2010

Forex 002 - Forex Trading Platform

Salam ,

Kelas pada kali ini akan menerangkan kegunaan Forex Trading Platform ataupun lebih dikenali dengan "MT4 Trading Platform" - MetaTrader versi 4. Para pelabur Forex dikehendaki memuat turun platform MT4 di laman web forex yang saya telah berikan pada kelas terdahulu.

Kebanyakkan syarikat forex telah menawarkan MT5 (Beta Testing) dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya awal Januari 2011. Kegunaan platform ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusniaga matawang dibuat secara online kerana segala matawang yang diniagakan merupakan matawang yang paling aktif dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Setelah selesai memuat turun, maka anda boleh execute program itu untuk di "Run" .

Saya akan menerangkan fungsi menu - menu yang terdapat pada platform itu.

File - Menu untuk buka akaun baru, login akaun, cetak akaun.
View - Menu untuk lihat graf.
Insert - Menu untuk masukkan segala Indikator dan teknikal analisis.
Charts - Menu untuk mengubah segala pembolehubah graf.
Tools - Menu untuk urusniaga baru
Windows - Menu untuk mengubah saiz graf matawang.
Help - Menu untuk segala penyelesaian masalah.. ;)