Showing posts with label forex. Show all posts
Showing posts with label forex. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

Forex 002 - Forex Trading Platform

Salam ,

Kelas pada kali ini akan menerangkan kegunaan Forex Trading Platform ataupun lebih dikenali dengan "MT4 Trading Platform" - MetaTrader versi 4. Para pelabur Forex dikehendaki memuat turun platform MT4 di laman web forex yang saya telah berikan pada kelas terdahulu.

Kebanyakkan syarikat forex telah menawarkan MT5 (Beta Testing) dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya awal Januari 2011. Kegunaan platform ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusniaga matawang dibuat secara online kerana segala matawang yang diniagakan merupakan matawang yang paling aktif dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Setelah selesai memuat turun, maka anda boleh execute program itu untuk di "Run" .

Saya akan menerangkan fungsi menu - menu yang terdapat pada platform itu.

File - Menu untuk buka akaun baru, login akaun, cetak akaun.
View - Menu untuk lihat graf.
Insert - Menu untuk masukkan segala Indikator dan teknikal analisis.
Charts - Menu untuk mengubah segala pembolehubah graf.
Tools - Menu untuk urusniaga baru
Windows - Menu untuk mengubah saiz graf matawang.
Help - Menu untuk segala penyelesaian masalah.. ;)

Tuesday, August 24, 2010

Forex 001

Salam,

Ruangan kali ini adalah dikhaskan untuk mengajar cara - cara membuka akaun forex dan pemilihan broker (syarikat) forex yang dijamin sah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Disini saya senaraikan beberapa laman web forex yang pernah saya gunakan dan dijamin selamat untuk urusniaga forex anda:-

1. Deposit dan Withdraw Funds using International Broker (IB) - "Agent":-

a) www.instatrader.com
b) www.ikofx.com

2. Deposit dan Withdraw Funds using Credit / Debit Card and Paypal:-

a) www.ibfx.com
b) www.fxpro.com

Selepas login di salah satu web tersebut, anda boleh klik pada "Open Demo Account" atau "Open Free Trial Account" .

Setelah selesai mengisi borang Demo Account tersebut, maka and boleh mula berurusniaga Forex.

Jumpa lagi di kelas akan datang!!!

Tuesday, August 10, 2010

Kelas Pelaburan FOREX

Disini akan diajarkan serba sedikit tentang pelaburan forex.

FOREX atau Foreign Exchange lebih dikenali sebagai "Tukaran Mata Wang Asing" adalah salah satu pelaburan dan perniagaan yang begitu menguntungkan.

Urusniaga Forex dalam sehari menjangkau transaksi lebih daripada $3Trillion.

Ianya melibatkan 3 Blok utama dunia:-
a) Asia - Jepun, Australia dan New Zealand
b) Eropah - Persatuan Eropah, British dan Switzerland
c) Barat - Amerika Syarikat dan Canada

Produk FOREX adalah urusniaga Matawang - setiap negara akan membeli / menjual matawang negara lain.

Matawang Utama Dunia yang sering diniagakan di pasaran :-
a) US - $ Dollar
b) Great Britian - Pound Sterling
c) Euro Union - Euro
d) Japan - Yen
e) Switzerland - Franc
f) Canada - $ Canada
g) Australia - $ Australia
h) New Zealand - $ New Zealand